Untuk mengetahui tahap-tahap perkembangan konsep hakam.
PILIHAN RAYA
Pemerintahan Malaysia
memaparkan amalan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan telah menjadikan pilihan raya sebagai proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Ini merupakan ciri penting
sistem demokrasi berpalimen di Malaysia.
PRU KE-12
ARKIB : 11/03/2008
Oleh ROHANI IBRAHIM
KUALA LUMPUR, 10 Mac - Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi
penggal kedua di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Abdullah, 68, sekali lagi menerajui kepimpinan negara
selepas Barisan Nasional (BN) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum
Ke-12 Sabtu lalu.
Acara yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara di
sini, bermula dengan istiadat pengurniaan Surat Cara Pelantikan diikuti dengan
melafaz ikrar, angkat sumpah taat setia serta sumpah menyimpan rahsia. Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri
Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Pada istiadat selama 20 minit itu, Abdullah turut
menandatangani watikah pelantikan di hadapan Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul
Hamid Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Jeanne
Abdullah tiba di Balairung Seri pada pukul 11 pagi.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta
orang kenamaan lain. Pada pilihan raya umum kelmarin, BN mendapat mandat untuk
memerintah negara apabila memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi
yang dipertandingkan.
Abdullah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas
di Pulau Pinang dengan menewaskan calon Pas, Subri Md. Arshad dengan majoriti
11,246 undi.
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm#ixzz44VXUn5DS
Keamanan dan ketenteraman yang telah berjaya dikekalkan
sepanjang tempoh pembubaran Parlimen dan tempoh pilihan raya telah membolehkan pembentukan Kerajaan baharu berlangsung dengan cepat dan lancar.
Pelantikan Perdana Menteri, yang telah dilakukan sehari selepas pilihan raya,
menunjukkan rakyat Malaysia matang dalam mengamalkan demokrasi. Kematangan
tersebut adalah amat penting dalam menentukan kelestarian dan kesinambungan
pentadbiran kerajaan, pembangunan ekonomi Negara yang mampan dan program
transformasi kerajaan demi kepentingan rakyat.
Dalam hal ini, isu-isu berbangkit yang melibatkan polarisasi
kaum dan politik perlu ditangani dengan segera agar tidak menjejaskan keamanan
Negara dan perpaduan rakyat. Rakyat Malaysia perlu melangkah kehadapan dengan
bijaksana dan berhemah. Negara-negara yang baru bangkit dari Arab Spring
seperti Mesir dan Sudan telah menyatakan hasrat mereka untuk mencontohi
Malaysia dalam amalan demokrasi. Tahniah dan syabas kepada rakyat Malaysia
kerana menyumbang ke arah pembentukan sebuah kerajaan baharu untuk Malaysia,
melalui proses demokrasi yang matang.
No comments:
Post a Comment