Buergenthal (1988) mentakrifkan bahawa hak asasi manusia dengan merujuk kepada undang-undang yang mengawal hak asasi manusia. Beliau merujuk kepada "undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan individu dan kumpulan terhadap pelanggaran oleh kerajaan"
Pada 5 November 2000, kejadian berlaku pada 16 tahun yang lepas di Lebuhraya Kesas dalam kes tunjuk perasaan. Perhimpunan yang telah dirancang akan dihadiri dalam jangkaan 100000 orang di tanah
persendirian dan tidak
memerlukan permit polis. Walaubagaimanapun, polis
telah memaklumkan mana-mana perhimpunan tanpa permit adalah haram. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan yang menentang
perhimpunan yang akan diadakan itu dibenarkan polis tanpa membuat
permohonan atau mendapat permit polis. Sebelum perhimpunan itu diadakan,
polis mempunyai perancangan awal bagi menghalang dan menguasai sepenuhnya
termasuk menghalang orang ramai daripada sampai ke tempat perhimpunan
dengan membuat sekatan jalanraya.
Pada hari perhimpunan, beratus-ratus kereta yang cuba masuk terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas di Lebuhraya Kesas dan terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi
jalan. Pada hari tersebut, polis telah menyembur air dan gas pemedih mata
menggunakan hos untuk menyuraikan orang ramai semasa mereka cuba
bergerak. Seramai 122 orang telah ditangkap dan mereka yang cedera
tidak diberikan rawatan sehingga keesokan harinya dan direman selama 5
hari. Menurut pemerhati mendapati berhubung kebebasan berhimpun pihak
polis wajar memberi kebebasan berhimpun, ekoran daripada itu dalam
laporan siasatan Kesas 2001. Suhakam telah membuat beberapa cadangan
antaranya adalah :
i) Undang-undang berkaitan dengan perhimpunan hendaklah dilaksanakan dengan saksama dan tiada diskriminasi.
ii) Kaedah penyuraian orang ramai oleh PDRM perlu dikaji semula dan polis diminta mengawal diri semasa bertindak.
iii) Orang ramai diberi masa secukupnya untuk bersurai dan bukannya dikejar dan atau dipukul, dizalimi dan dilayan dengan tidak keperikemanusiaan dan rawatan perubatan perlu diberi segera.
ii) Kaedah penyuraian orang ramai oleh PDRM perlu dikaji semula dan polis diminta mengawal diri semasa bertindak.
iii) Orang ramai diberi masa secukupnya untuk bersurai dan bukannya dikejar dan atau dipukul, dizalimi dan dilayan dengan tidak keperikemanusiaan dan rawatan perubatan perlu diberi segera.
Secara dasarnya, pegangan perundangan di Malaysia adalah berhubung kait
dengan kepentingan masyarakat dan individu secara umum. Pendaulatan undang-undang di Malaysia secara
terpencil turut dipengaruhi oleh agenda politik dan sentimen agama. Undang-undang sepatutnya berada pada neraca
yang seimbang dan adil dalam perlindungan antara individu dan kumpulan namun kadang kala tercemar di tangan pihak yang
berkepentingan.
No comments:
Post a Comment