Powered By Blogger

Friday, March 18, 2016

Di Sebalik Lirik Lagu...

 Derita - Okid

Buka Mata Dan Lihatlah,
Insan Kecil Yang Tak Berdosa,
Jadi Mainan Dan Hinaan Semua,
Manusia Tiada Berpedoman...

Apakah Salah Mereka,
Menjadi Mangsa Yang Terbiar,
Dia Disiksa Tanpa Rasa Simpati,
Hanya Melihat Darah Merah Mengalir Ke Bumi...

Sengsara Kan Terasa Di Sepanjang Hayatnya,
Tangisan Tak Bersuara,
Insan Yang Sekecil Itu Merasa,
Peritnya Derita Ditanggung Jua...

Mengapa Dia Disiksa Hingga Lesu Tak Bermaya,
Haruskah Kita Menyaksikan Penderitaan Pada Mereka,
Apa Nasib Mereka Jika Ini Masih Terjadi,
Kita Sama-Sama Membantu Melindungi Hidup Mereka...

Mereka Perlukan Perhatian,
Bukan Penyiksaan Yang Diminta,
Berikan Kasih Dan Belaian Mesramu,
Moga Diberi Petunjuk Dan Hidayah Yang Sejati...


Lagu "DERITA" nyanyian dari kumpulan "OKID" telah diterbitkan pada tahun 1990-an. Ia mengisahkan tentang penderitaan yang berlaku terhadap kanak-kanak. Lirik di atas menggambarkan penderitaan terhadap kanak-kanak yang berlaku di sekeliling kita. Kanak-kanak yang masih kecil disiksa sehingga meninggal dunia, adapun yang masih hidup tetapi akan menyebabkan tekanan emosi di sepanjang hidupnya. Memang benar kanak-kanak sering melakukan kesalahan dan senantiasa akan membuat kita marah. Ini kerana mereka masih mempunyai akal yang masih perlu diajar sejak dari kecil dan bukannya memberi pengajaran yang keras iaitu memukul atau mencederakan mereka.

Berilah perhatian dan kasih sayang kepada mereka kerana mereka masih kecil dan perlu dilindungi supaya insan yang sekecil itu merasa sebuah kasih sayang daripada orang sekelilingnya.

2 comments: