Powered By Blogger

Monday, June 6, 2016

~SUHAKAM~

Mengenali SUHAKAM



Suruhanjaya hak asasi manusia Malaysia (SUHAKAM) telah ditubuhkan oleh Parlimen di bawah hak asasi manusia Suruhanjaya Malaysia Akta 1999, Akta 597. Akta tersebut diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Penubuhan sebuah institusi hak asasi manusia Kebangsaan di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif negara dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak asasi manusia (UNCHR) pada tahun 1993-95.


Fungsi SUHAKAM adalah :
  • Untuk memupuk kesedaran dan memberi pendidikan mengenai hak asasi manusia.
  • Untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam membentuk perundangan dan prosedur dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil.
  • Mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menerimapakai atau memperolehi perjanjian-perjanjian dan lain-lain bahan antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia.
  • Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.
SUHAKAM menjalankan fungsi melalui :
  • Memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia melalui penyelidikan dan mengendalikan program, seminar serta bengkel untuk menyebarkan  hasil-hasil kajian.
  • Menasihatkan Kerajaan dan/atau pihak berkuasa berkaitan aduan-aduan dan mencadangkan tindakan-tindakan yang sesuai diambil.
  • Menyiasat dan mengesahkan sebarang pelanggaran ke atas hak asasi manusia.
  • Bekerjasama dengan pertubuhan persatuan awam dan pembela hak asasi manusia bagi mempertahankan hak asasi manusia.
  • Menjalankan Siasatan Awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia.
  • Melawat tempat-tempat tahanan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat-tempat tahanan dan membuat saranan-saranan yang bersesuaian.
  • Mengeluarkan kenyataan-kenyataan awam berkaitan hak asasi manusia bila dan di mana perlu.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan perlu.

BAHAGIAN II PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN



  • Untuk membincangkan prinsip umum dalam PP yang selaras dengan UDHR.

  •  Untuk membincangkan pengecualian yang tidak selaras dengan UDHR.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber utama. Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan yang tertinggi yang menggubal undang- undang.

Dari sudut perlembagaan, segala perkara sudah sempurna dan mencukupi.  Perlembagaan ini mengiktiraf hak asasi manusia. Perlembagaan persekutuan ini mengiktiraf prinsip hak kebebasan iaitu dalam Bahagian 2.

Hak-hak Asasi dalam bahagian ii ini selari dengan Perisytiharan Hak-hak Asasi Manusia Sejagat. Pengistiharaan tersebut memberitahu bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat, kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan, hak untuk mengambil bahagian dalam negara, dan juga hak terhadap khidmat awam dan negara.

Kesimpulan, perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang utama. Ketinggiannya melambangkan ia adalah sebuah dokumen utama. Ia secara langsung menjadi instrumen yang melahirkan kuasa dan institusi-institusi di dalam sesuatu masyarakat atau negara.

Sunday, May 1, 2016

~DI SEBALIK LIRIK LAGU~

WAJAH - JACLYN VICTOR

Berbumbungkan Angkasa Kelabu,
Lantainya Bumi Retak Seribu,
Setiap Langkah Perjalananmu,
Beronak Berliku...

Betapa Berat Mata Memandang,
Berat Bahu Menggalas Bebanan,
Belum Sempat Menitis Ke Pipi,
Tangisan Kering Sendiri...

Berkali Tersungkur,
Pandanganmu Kabur,
Namun Azam Meneruskan Hidup,
Tak Pernah Luntur...

Engkaulah Perwira,
Di Medan Derita,
Merentasi Ranjau Kehidupan,
Dengan Harapan...

Luahan Rasa Derita Jiwa,
Pada Wajah Tiada Rahsia,
Menunggu Malang Berganti Tuah,
Usah Kau Berputus Asa...

 "Wajah" ialah lagu nyanyian Jaclyn Victor yang dijadikan lagu tema dokumentari siaran TV3, iaitu Bersamamu yang memaparkan golongan tidak bernasib baik di Malaysia sambil merayu para penonton menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka.

UNIVERSAL DECLARATION OF HUMAN RIGHTS


Untuk membincangkan nilai sejagat yang terkandung dalam UDHR



Universal Declaration of Human Rights (1948) adalah sebuah pernyataan dari seluruh umat manusia mengenai HAM. Meskipun dalam sejarahnya terdapat banyak perdebatan dalam pembentukanya, namun akhirnya deklarasi tersebut dapat diterima oleh Majelis Umum PBB pada tanggal 10 Desember 1948.

(UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:

1) kebebasan daripada ketakutan
2) kebebasan daripada kemahuan
3) kebebasan bersuara
4) kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak politik dan sivil sehinggalah hak sosial, ekonomi dan kebudayaan.

Hak politik dan sivil yang termaktub dalam UDHR ialah:

Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
Perkara 9 - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak;
Perkara 20 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.

Hak sosial, ekonomi dan kebudayaan yang termaktub dalam UDHR ialah:

Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga;
Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;
Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;
Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan
Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.

A SHORT HISTORY OF THE HUMAN RIGHTS MOVEMENT (Zaman Moden)

Untuk membincangkan isu-isu hakam yang diperjuangkan








Visi dan misi sesebuah sistem nilailah yang sebenarnya membentuk dan memberi makna kepada hak asasi manusia. Berbekalkan sistem nilai yang hakiki, manusia pasti akan berupaya untuk mengenal ciri-ciri hak asasi yang dapat membawa perubahan positif lagi progresif demi kelangsungan peradaban manusa di muka bumi yang fana ini.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH


  • Mengkaji aspek hak asasi manusia yang terkandung dalam Piagam Madinah

  • Untuk melihat Piagam Madinah sebagai sebuah deklarasi hak manusia yang moden sifatnya



i) Politik
  • Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin negara. Di mana masyarakat sudah mengiktiraf bahawa Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara yang menentukan perjalanan pentadbiran negara supaya apa yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak melanggar peraturan (Roziah, 2004: 9).
  • Rasulullah S.A.W sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul di antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Segala hukum dan peraturan telah ditetapkan dan jika sesiapa yang melanggar peraturan maka hukuman setimpal akan diterimanya. Hal ini untuk membuktikan keadilan seorang pemimpin dalam mentadbir sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai masyarakat (Mahayudin t.th.: 118).
ii) Agama
  • Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing. Hal ini kerana Madinah terdiri daripada lain-lain agama dan mereka tidak terikat untuk menjalankan kebudayaan kehidupan mereka selagi tidak bertentangan dengan agama (Abdul Rahman 2007:  92). Ini merupakan langkah bijak yang diambil oleh Rasulullah S.A.W untuk menyatupadukan rakyat yang sebelumnya hidup dalam kegelapan dan kucar-kacir. Hal sedemikian telah disebut dalam Fasal 25 :
bahawa kaum Yahudi dari Bani ‘Auf adalah satu umat bersama orang-orang beriman, mereka (orang Yahudi) dengan agama mereka dan kaum Muslimin dengan agama mereka, begitu juga dengan orang-orang yang bersekutu dengan mereka, kecuali orang-orang yang zalim dan berbuat dosa maka hal ini akan menimpa diri dan keluarga mereka”.

iii) Sosial
  • Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara Madinah. Selain itu mereka juga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain. Orang-orang Islam di Madinah bebas berhimpun dan bermesyuarat untuk membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara. Secara tidak langsung, membentuk negara Islam di Madinah. Piagam ini  juga telah mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat Madinah bahawa mereka adalah satu masyarakat yang kuat dan bersatu padu dan Madinah adalah milik mereka (Mahayudin t.th: 116). Fasal 13 ada menyatakan perkara ini iaitu:
bahawa orang-orang beriman lagi bertakwa, mestilah mencegah sesiapa yang melakukan kezaliman, pelanggaran kesusilaan, dosa perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang yang beriman, dan mereka hendaklah bersatu menentang orang-orang tersebut meskipun orang itu anak salah seorang daripada mereka."

  • Perpaduan umat Islam. Piagam Madinah menyeru semua masyarakat di  Madinah agar hidup dalam keadaan bekerjasama dan bersatu padu. Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada  golongan  Ansar  dan  Muhajirin  (Al-Mubarakfury, t.th: 232). Selain itu, terdapat pelbagai kaum yang lain seperti Quraisy, Parsi, Yahudi dan lain-lain. Oleh itu, masyarakat   majmuk   ini   disatukan   melalui   Piagam   Madinah   untuk mengelakkan persengketaan.    Persaudaraan   Islam   bertujuan   untuk   menjalin dan   mengeratkan hubungan   persahabatan   sesama   Islam   tanpa   mengira   kaum dan   tempat   tinggal.  Persaudaraan  Islam  adalah  suatu  sikap  dan  tindakan  yang lahir  daripada  jiwa  dan  hati manusia yang terikat dengan akidah keimanan kepada Allah s.w.t dan rasul-Nya (Abdul Rahman 2007: 93).
iv) Perundangan
  • Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam  sesebuah  kabilah  boleh  diamalkan  selagi  tidak  bertentangan  dengan Islam. Jika terdapat  perselisihan  faham  terhadap  sesuatu  masalah  akan  terus merujuk  kepada Rasulullah  s.a.w  bagi  mengelakkan  tokok  tambah  atau  tafsiran yang  negatif  terhadap sesuatu  perkara  itu. Baginda  (Roziah,  2004:  9). Hal  ini kerana  segala  peraturan tersebut  adalah  berlandaskan  kepada  al-Qur‟an  dan as-Sunnah. Dalam  Fasal  23 menyatakan:
“dan jika kamu bertelagah dan berselisih pendapat tentang sesuatu perkara maka kamu hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w”.

v) Ekonomi
  • Samping  itu,  kekayaan  juga  dibahagi  sama  Kerjasama  di antara  masyarakat Madinah dituntut  demi  memajukan  ekonomi  negara  dan  segala  unsur-unsur penipuan  dapat dihapuskan  dalam  sistem  perniagaan. Piagam  Madinah menetapkan  persamaan  antara semua  penduduk  tanpa  mengira  keturunan, bangsa,  pemerintah  dan  golongan  yang diperintah untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan dalam masyarakat.  Di samping   itu,   kekayaan   juga dibahagi   sama   rata   di   kalangan   masyarakat   untuk  menghindari  penindasan golongan  kaya  ke  atas  golongan  miskin. Kesamarataan  dan keadilan   adalah penting   untuk   menjamin keamanan   dan kesejahteraan   kehidupan individu. Tujuan  keadilan  ini  adalah  untuk  mengelakkan keburukan dan  memberikan kebaikan  serta  hak  kepada  seseorang individu berlandaskan  syariat  Islam. Manakala, dalam aktiviti jual beli pula, segala jenis riba adalah di haramkan (Abdul Rahman 2007: 93).
vi) Pertahanan
  • Semua  anggota  masyarakat  dikehendaki  mempertahankan  Madinah  daripada ancaman luar. Mereka  perlu  berganding  bahu  demi  mempertahankan  Madinah tidak  kira  yang beragama  Islam  atau  bukan  beragama  Islam. Orang  Islam  sudah menganggap orang Yahudi  sebagai  warganegara  dan  ummah  bersama  orang-orang Islam. Mereka  juga tertakluk  di  bawah  Piagam  Madinah  dan  harus  menjalankan tanggungjawab  yang dikenakan  ke  atas  mereka  (Mahayudin  t.th.:  122). Termaktub  akan  hal di  atas  dalam Fasal 44:
“bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu  di  antara  mereka  (orang-orang yang menganggotai sahifah)  bagi  mempertahankan  Yathrib  daripada  serangan-serangan musuh”.

vii) Kedudukan Yahudi
  • Keselamatan orang bukan  Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi Perlembagaan Madinah.  Pada mulanya, orang Yahudi berminat ke atas Madinah.  Atas kesedaran  ini,  Piagam  Madinah  juga  menitikberatkan  dan menjamin  kebebasan  kaum Yahudi dan kaum-kaum  lain. Cara ini dapat mengelakkan kaum  Yahudi  menyebarkan agama  mereka  di  Madinah  di  samping  menghindari permusuhan  di  antara  mereka. Mereka   yang  mematuhi  perlembagaan  ini   akan diberi  jaminan  perlindungan  dan keselamatan  (Mahayudin  t.th.:  123). Hal  ini  telah tertulis  dalam  Piagam  Madinah melalui Fasal 47 iaitu:
“bahawa sahifah ini tidak boleh digunakan bagi melindungi orang-orang  zalim dan berdosa  (bersalah),  bahawa  (dari  saat  ini)  sesiapa  (di  antara  anggotanya) keluar dari kota   Madinah   atau   menetap   didalamnya   adalah   terjamin keselamatannya kecuali orang-orang   yang   zalim   dan   berdosa   (bersalah). Sesungguhnya   Allah   melindungi orang-orang   yang   membuat   kebajikan   dan bertakwa, dan sesungguhnya Muhammad adalah Pesuruh Allah”.

Berdasarkan  fasal  yang  terbentuk  dalam  Piagam  Madinah  tersebut  memberi  panduan dan landasan  bagi  semua  penduduk  Madinah  untuk  memperoleh  sistem  perjalanan hidup  yang lebih baik  tanpa  mengabaikan  prinsip-prinsip  Islam. Baginda mengaplikasikan  konsep  Wasatiyyah melalui  perlembagaan  tersebut dengan  pendekatan yang  adil,  seimbang  dan  terbaik. Masyarakat yang  menganggotainya pula saling bertanggungjawab  membangunkan  negara tersebut daripada kepelbagaian aspek tidak kira politik, ekonomi mahupun sosial. Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilah luar dari Madinah.