- Untuk membincangkan prinsip umum dalam PP yang selaras dengan UDHR.
- Untuk membincangkan pengecualian yang tidak
selaras dengan UDHR.
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang
tertinggi yang menjadi sumber utama. Parlimen Malaysia merupakan badan
perundangan yang tertinggi yang menggubal undang- undang.
Dari sudut perlembagaan, segala
perkara sudah sempurna dan mencukupi. Perlembagaan
ini mengiktiraf hak asasi manusia. Perlembagaan persekutuan ini mengiktiraf
prinsip hak kebebasan iaitu dalam Bahagian 2.
Hak-hak Asasi dalam bahagian ii
ini selari dengan Perisytiharan Hak-hak Asasi Manusia Sejagat. Pengistiharaan tersebut
memberitahu bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat,
kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan, hak untuk mengambil bahagian dalam
negara, dan juga hak terhadap khidmat awam dan negara.
Kesimpulan, perlembagaan persekutuan
merupakan undang-undang utama. Ketinggiannya melambangkan ia adalah sebuah
dokumen utama. Ia secara langsung menjadi instrumen yang melahirkan kuasa dan
institusi-institusi di dalam sesuatu masyarakat atau negara.
No comments:
Post a Comment